Pages

Friday, February 12, 2010

12 sIFaT sAhAbAt sEjAtI

1- Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.

2- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3- Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya,dia akan membantumu.

4- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.

5- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8- Jika engkau berdiam diri (kerana malau hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.

9- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu.

10-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan.

11- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12- Jika kamu bedua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan..


(Sahabatku yang ku sayangi.==ingatlah...kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis amat sukar untuk dijumpai..hargailah hubungan yang kita jalinkan selama ini...janganlah engkau mensia-siakannya..)

No comments: